MENU

20 OGOS 2021 (JUMAAT)

10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

PERKARANGAN PEJABAT DAERAH RAUB

Projek Beras Jumaat diteruskan hari ini dengan seramai 350 orang hadir menerima sumbangan berupa barang keperluan harian.

Projek kelolaan Majlis Daerah Raub dan Puspanita Raub ini berlangsung secara pandu lalu dan juga penghantaran ke rumah bagi yang tidak berupaya hadir.

YB. Dato' Abd Aziz bin Haji Mat Kiram, EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang memulakan sesi penyampaian sumbangan. YH. Dato' Mohammad Shahid bin Ismail, Yang Dipertua MDR dan YBhg. Datin Nurkamalisa binti Razali, Pengerusi Puspanita Raub turut membantu menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Turut serta membantu adalah Setiausaha MDR dan Ahli-Ahli Majlis MDR.

MDR dan Puspanita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang projek ini sama ada berupa wang tunai mahupun barangan. Semoga bantuan yang diberikan meringankan beban golongan susah.

Terima kasih sekalung budi.

#andasusahkamibantu

Kemaskini Terakhir: Khamis, 23 September 2021 - 1:12pm