MENU

EJEN JUALAN KUPON TERBAIK MAJLIS DAERAH RAUB

Tahniah kepada ejen jualan kupon MDR beralamat di Kedai Gambar Meng Sun, No. 6 Jalan Hussein, Raub yang telah mencapai sasaran jualan bulanan kupon Tempat Letak Kereta MDR. Seterusnya muncul Ejen Jualan Kupon Terbaik MDR.

Semua pelanggan petak tempat letak kereta MDR boleh mendapatkan kupon melalui ejen-ejen berhampiran bagi memudahkan urusan letak kereta dan mengelak dari dikenakan kompaun kerana gagal mempamerkan kupon sewaktu letak kereta di tempat-tempat tersebut.

TAHNIAH kepada ejen-ejen dan pelanggan MDR yang sentiasa mematuhi peraturan dan menjaga kebersihan bandar kita.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 12 November 2018 - 11:59am