MENU

PROGRAM KECERGASAN MAJLIS DAERAH RAUB

Tarikh : 14 September 2018 (Jumaat)
Masa : 7.45 - 8.30 pagi
Tempat : Ruang Legar Air Pancut Dewan Jubli

Sebagai meneruskan amalan budaya hidup sihat di kalangan warga kerja, Setiausaha dan kakitangan MDR menyertai program kecergasan pada pagi ini. Senamrobik dipimpin oleh Team KASS ( Kak Ani Senam Seni ) dan disertai lebih 50 orang kakitangan. Selain memupuk amalan mementingkan penjagaan kesihatan, aktiviti ini juga merupakan salah satu terapi minda kepada kakitangan selepas bekerja.

#misisihatdancerdas

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 20 September 2018 - 10:57am