MENU

Pihak Majlis Daerah Raub akan meneruskan proses Saman Mahkamah terhadap pemilik kenderaan yang mempunyai kompaun tertunggak berhubung kesalahan parkir (sistem kupon). Majlis menasihatkan kepada pemilik kenderaan yang telah menerima Notis Pra-Mahkamah tertunggak ini supaya menyelesaikannya di pejabat Majlis dan berpeluang mendapat diskaun bayaran kompaun berbanding jika kes ini diselesaikan di Mahkmah. Untuk rekod hampir 5 ribu Notis Pra-Mahkamah telah dikeluarkan dan sebanyak 70 kes telahpun difailkan di Mahkamah dan berjaya diselesaikan yang mana 12 daripadanya merupakan kes Waran Tangkap. Sekiranya pemilik kenderaan ingin mendapatkan maklumat mengenai jumlah tunggakan dan cara penyelesaian, boleh berhubung terus dengan Bahagian Tempat Letak Kereta MDR di talian 09-3881175/3551804.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 12 November 2018 - 11:59am