MENU

Latar Belakang Raub

Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebatan untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperolehi. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya, hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB".

Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebatan yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir dari kata dasar "RAUP" sedangkan ejaan sekarang adalah "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan "RAUB" dari "RAUP".

 

Sejarah Nama Jalan-Jalan Di Bandar Raub  

Jalan Datuk Abdullah, Bandar Raub

Nama penuh beliau ialah Abdullah b. Ibrahim. Beliau pernah menjadi Pegawai Daerah dan Pemungut Hasil Tanah Raub pada bulan September 1950 hingga April 1953.

Jalan Dato' Setia Lela, Kawasan Bukit Koman, Raub

Nama penuh beliau ialah Tengku Haji Abdul Samad b. Tengku Muda. Dilahirkan pada tahun 1840 dan mangkat tahun 1916. Beliau pernah menjadi 'Pawang' semasa hayatnya. Dilantik menjadi Penghulu Mukim Gali pertama dari tahun 1900 hingga 1906.

Jalan Dato' Setia Lela, Bandar Raub

Mengambil sempena satu gelaran yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Jalan Husein, Bandar Raub

Nama penuh beliau ialah Hussien b.Tok Muda Hassan. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1916 di Kampung Dong, Raub. Mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Jalan Tan Tiong, Bandar Raub

Beliau dilahirkan di Negeri China dalam tahun 1880. Berpindah ke Raub pada tahun 1886. Meninggal dunia pada 8 Mac 1948. Semasa hayatnya beliau pernah menjadi 'Sanitary Board Raub' pada tahun 1900 dan meletakkan jawatan pada 19 Januari 1937. Beliau adalah Kapten Cina yang mula-mula dikurniakan Pingat Jasa Pendamai (JP) di Raub.

Jalan Tengku Kudin, Bandar Raub

Beliau telah dilahirkan di Kg. Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub dalam tahun 1871 dan mangkat dalam tahun 1943. Nama penuh beliau ialah Tengku Kudin b. Tengku Haji Samad. Beliau adalah Penghulu Mukim Gali kedua dalam tahun 1906. Beliau bersara dari jawatannya dalam tahun 1928. Pada tahun 1929 beliau telah dikurniakan gelaran Dato' Setia Lela Pahang oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 6 Disember 2017 - 10:59am