MENU

 

 

SOALAN 1

APAKAH ITU CUKAI TAKSIRAN AM?

 

Cukai Taksiran Am atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam Kawasan Operasi Majlis Daerah Raub seperti:

 

- Bangunan Kediaman ( Pangsapuri, Rumah Pangsa, Rumah Teres, Rumah Sesebuah, Banglo dan lain-lain)

 

- Bangunan Perniagaan/Perdagangan ( Kedai, Rumah Kedai, Kedai Pejabat, Kompleks Perniagaan, Hotel dan lain-lain)

 

- Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang

 

- Bangunan Perindustrian ( Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain-lain)

 

SOALAN 2

KEMANAKAH CUKAI TAKSIRAN AM DISALURKAN?

 

Cukai Taksiran Am ini dikenakan untuk membiayai:

 

- Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak-kanak dan tempat-tempat rekreasi, pasar dan sebagainya.

 

- Penjagaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan sebagainya.

 

- Penyediaan dan penyelenggaraan lampu-lampu jalan.

 

- Bayaran penyelenggaraan pungutan sampah.

 

- Pembangunan kawasan Majlis Daerah Raub.

 

- Kesemua ini adalah untuk kesejahteraan rakyat khususnya penduduk kawasan pentadbiran Majlis Daerah Raub.

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 12 April 2019 - 11:19am