MENU
  1. Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu atau masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?
    - Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT.

  2. Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia sekarang?
    - 145 buah PBT termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, iaitu Majlis Perbandaran M 31 buah Majlis Daerah MD 114 buah. Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing masing untuk melaksanakan fungsi fungsi PBT seperti PBT Kulim HiTech, PBT Pasir Gudang, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.

  3. Bilakah Bil atau Notis Cukai Taksiran Am Dikeluarkan?
    - Bil Cukai Taksiran Am diserahkan/diposkan pada Januari - 1/2 tahun pertama Julai - 1/2 tahun kedua

  4. Apakah Tindakan Yang Akan Diambil Oleh Pihak Majlis Sekiranya Bayaran Tidak Dijelaskan Dalam Tempoh Yang Telah Ditetapkan?
    - Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, anda akan dikenakan tindakan-tindakan seperti: Notis Borang E akan dikeluarkan kepada anda. Anda akan dikehendaki menjelaskan bayaran dalam masa 15 hari daripada tarikh notis. Denda/bayaran lewat dikenakan kepada baki terakhir tunggakan -Seksyen 147 (I) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Jadual Denda Adalah Mengikut Jadual Dibawah : Jumlah Tunggakan Denda Lewat RM 100.00 ke bawah RM 101.00 ke atas RM 3.00 3% drp jumlah tunggakan

  5. Kemanakah Kutipan Cukai Taksiran Am Disalurkan?
    - Cukai Taksiran Am ini dikenakan untuk membiayai Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak kanak dan tempat tempat rekreasi, pasar dan sebagainya. Pembinaan kawasan perumahan atau perniagaan, taman taman dan tempat tempat awam. Penjagaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit , longkang dan sebagainya. Penyediaan dan penyelenggaraan lampu lampu jalan. Bayaran penyelenggaraan pungutan sampah. Pembangunan kawasan Majlis Daerah Raub. Kesemua ini adalah untuk kesejahteraan rakyat khususnya penduduk kawasan pentadbiran Majlis Daerah Raub.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 6 Disember 2017 - 10:59am