Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Pusat Pemindahan Sementara ( PPS ) di daerah Raub bertujuan meninjau perkembangan banjir di sini.
PPS yang terlibat :
SK Ulu Sungai
Pusat Kegiatan Wanita Batu Malim
Balairaya Kg. Jeruas
SK Muhammad Jabar, Dong
Balairaya Kg Pamah Kulat, Ulu Dong
Turut serta adalah KDYMM Pemangku Raja Pahang, YAB Menteri Besar Pahang, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Pegawai Daerah Raub dan para pemimpin setempat.
Baginda berkenan bercemar duli menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS tersebut. Jumlah keseluruhan ketua keluarga mangsa banjir yang ditempatkan di kesemua PPS berkenaan adalah seramai 277 orang.