Langkau ke kandungan utama

Cukai Taksiran

SOALAN 1

APAKAH ITU CUKAI TAKSIRAN AM?

Cukai Taksiran Am atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam Kawasan Operasi Majlis Daerah Raub seperti:

  • Bangunan Kediaman ( Pangsapuri, Rumah Pangsa, Rumah Teres, Rumah Sesebuah, Banglo dan lain-lain)
  • Bangunan Perniagaan/Perdagangan ( Kedai, Rumah Kedai, Kedai Pejabat, Kompleks Perniagaan, Hotel dan lain-lain)
  • Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang - Bangunan Perindustrian ( Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain-lain)

SOALAN 2

KEMANAKAH CUKAI TAKSIRAN AM DISALURKAN?

Cukai Taksiran Am ini dikenakan untuk membiayai:

  • Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak-kanak dan tempat-tempat rekreasi, pasar dan sebagainya.
  • Penjagaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan sebagainya.
  • Penyediaan dan penyelenggaraan lampu-lampu jalan.
  • Bayaran penyelenggaraan pungutan sampah.
  • Pembangunan kawasan Majlis Daerah Raub.

Kesemua ini adalah untuk kesejahteraan rakyat khususnya penduduk kawasan pentadbiran Majlis Daerah Raub.

Recent Posts