Bertujuan mendekatkan masyarakat dengan Majlis Daerah Raub khususnya dan Daerah Raub amnya, MDR telah menganjurkan Kuiz Mengenal Majlis Daerah Raub. Bermula pada 1 hingga 31 Oktober 2021, soalan-soalan dipaparkan di Facebook MDR.
Seramai 5 orang telah dipilih sebagai pemenang seperti berikut :
- Tempat Pertama : Ummi Nazira binti Shahidan
- Tempat Kedua : Fatini Nur 'Izzati binti Mohamed Seno
- Tempat Ketiga : Farahnasuha binti Mohd Najib
- Tempat Keempat : Nadiah binti Mustaffa
- Tempat Kelima : Nur Iryani binti Beduman
Hadiah disampaikan oleh YB. Dato' Abd Aziz bin Haji Mat Kiram, EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli.
Majlis Daerah Raub merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang.
Lokasi
Bilik Mesyuarat Orkid, MDR