Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YH Dato' Mohammad Shahid bin Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Raub diikuti oleh ucapan oleh YB Dato' Abd Aziz bin Haji Mat Kiram, EXCO Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.
Tujuan majlis diadakan adalah untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada kakitangan yang telah mencapai tempoh perkhidmatan 20 tahun ke atas.
Semoga penghargaan yang diterima mampu menjadi pemangkin kepada kecemerlangan prestasi kakitangan seterusnya.
Syabas dan tahniah.
Lokasi
Pejabat Majlis Daerah Raub