Langkau ke kandungan utama
Alamat
Jalan Tras, 27600 Raub
Pahang, Malaysia
Kategori

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud atau nama ringkasnya SMK Mahmud, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tras. Ia terletak kira-kira 800 meter dari pusat bandar pekan Raub.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud memiliki 568 pelajar lelaki dan 637 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1205 orang. Ia mempunyai seramai 113 orang guru.Sekolah ini juga terdapat 4 Kelas untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 iaitu Amanah, Bestari, Cekal dan Dedikasi. Kelas Amanah merupakan Kelas Aliran Agama yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab.

Manakala di Tingkatan 4 dan 5 pula mempunyai 7 Kelas iaitu Ikhlas, Jujur, Gigih, Dedikasi, Cekal,Bestari dan Amanah. Kelas Ikhlas dan Jujur ialah Kelas Aliran Sains manakala Gigih Sehingga Amanah merupakan Kelas Aliran Kemanusiaan

SMK Mahmud adalah antara sekolah tertua dan terbesar[perlu rujukan] di daerah Raub.SMK Mahmud telah ditubukan pada tahun 1908.Nama Mahmud School diberi pada tahun 1939 selepas wujudnya lebih kurang 31 tahun.Sebelumnya sekolah ini dikenali juga dengan nama Private English School,Anglo Chinese School,Goverment English School dan kemudiannya SMK Mahmud. Nama SMK Mahmud diasaskan sempena nama Almarhum Sultan DYMM Sultan Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad iaitu Sultan Pahang yang kedua (1914-1918).

SMK Mahmud telah menerima Anugerah Tawaran Baru (BTB) pada tahun 2014. SMK Mahmud adalah satu-satunya sekolah harian biasa di daerah Raub yang menerima anugerah tersebut, di antara lima buah sekolah yang turut menerima anugerah tersebut bagi negeri Pahang pada tahun 2014. SMK Mahmud juga telah berjaya mengadakan Majlis Malam Amal Tautan Kasih 2015, di mana majlis tersebut telah berjaya menemukan semula bekas guru-guru, pelajar/alumni dan ahli-ahli PIBG dalam majlis makan malam amal yang diadakan pada 12 September 2015 (Sabtu). Pada tahun 2017, kebanyakan pelajar SMK Mahmud mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM (2016). Seorang pelajar berjaya mendapat keseluruhan gred A+ dalam semua subjek iaitu Loo Kai Lin dengan keputusan 10A+. Lebih 15 orang pelajar yang mendapat keputusan 5A dan ke atas.

Recent Posts