Tempat berhawa sejuk seperti Bukit Fraser ini memang sangat sesuai ditanam pokok-pokok bunga yang berwarna-warni. Di Edible Garden, anda boleh melihat bunga-bungaan serta sayur-sayuran yang ditanam di sini. Taman ini terletak di sebelah Allan’s Water. Antara sayuran yang terdapat di sini seperti salad, tomato serta sayuran berdaun hijau. Selain itu, buah strawberi jual turut ditanam di sini. Namun, buah strawberi hanya ditanam mengikut musim. Jika anda bernasib baik, anda bolehlah lihat pokok strawberi dengan buahnya yang merah ranum. Selain menjamu mata melihat keindahan flora di sini, anda juga boleh membeli beberapa jenis tumbuh-tumbuhan dan bunga hiasan, biji benih serta sayur-sayuran segar dijual di sini.