Bagi anda yang ada anak kecil, bolehlah bawa keluarga anda ke Taman Awam Bukit Fraser yang terletak di Pine Tree Road. Landskap di sini juga tidak kurang cantiknya. Terdapat pelbagai bunga-bungaan yang ditanam di sini untuk mencantikkan lagi kawasan taman rekreasi ini. Anak-anak anda pasti seronok kerana terdapat sebuah taman permainan di sini. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan mini golf untuk anda sekeluarga bermain. Bayaran yang dikenakan hanya RM8 bagi orang dewasa dan RM6 bagi kanak-kanak. Dengan bayaran tersebut, anda bebas bermain golf selama 15 minit.