Majlis Daerah Raub mengadakan Sesi Townhall Pelesenan bersama peniaga-peniaga dalam kawasan MDR bagi membincangkan isu-isu berkaitan pelesenan.
Panel MDR terdiri daripada ;
- Encik Shahari Bin Suhor (Pengerusi Jawatankuasa Pelesenan, MDR)
- Encik Mohd Farid Bin Abdul Manap, C.A(M), AMP (Setiausaha, MDR)
- Encik Ahmad Kamal Bin Hashim (Ketua Jab. Kesihatan Awam & Perkhidmatan Perbandaran, MDR)
Turut hadir adalah :
- Encik Mohd Khairul Adha Hakimi Bin Idris (Penolong Pegawai Daerah, PDT Raub)
- Encik Ho Yin Mee (Ahli Majlis, MDR)
- Encik Abdul Rahim Bin Romli (Pegawai Penilaian, MDR)
Selain daripada membuka sesi soal jawab dan bertukar pandangan, turut dibuka Kaunter Perkhidmatan berikut :
- Kaunter Maklumat Pelesenan
- Kaunter Pembaharuan Lesen Perniagaan
- Kaunter Semakan & Pembayaran Cukai Taksiran
- Kaunter Semakan & Pembayaran Kompaun Bhg. Penguatkuasaan
- Kaunter Semakan & Bayaran Cukai Tanah
Majlis mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua.