Bercuti dengan anak-anak, maka anda harus bijak mencari tempat untuk bermandi-manda. Di Fraser Hill, anda boleh berkelah dan bermandi-manda di Air Terjun Jeriau. Air terjun ini lebih sejuk berbanding di sesetengah kawasan lain disebabkan ia berada di kawasan yang tinggi dari permukaan laut. Walaupun air terjun ini tidaklah tinggi dan cetek sahaja, tetapi cukup sekadar untuk bermandi-manda bersama keluarga. Di kawasan air terjun ini juga terdapat tempat rehat berbangku, taman permainan kanak-kanak dan kawasan berkelah. Namun begitu, anda dinasihatkan agar tidak melawat ke air terjun ini pada hari hujan kerana airnya bertukar menjadi keruh.