Langkau ke kandungan utama
Alamat
Jalan High Pines, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang

Allan’s Water pada asalnya merupakan sebuah empangan kecil untuk menyimpan bekalan air kepada peneroka terawal Bukit Fraser pada zaman kolonial. Namun kini ia menjadi sebuah tasik yang dikomersialkan menjadi taman rekreasi. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah mengayuh bot, bermain bola air dan memberi ikan makan. Dengan sewaan RM8, anda boleh mengayuh bot selama 15 minit di atas tasik. Manakala, untuk bermain bola air pula, bayaran yang dikenakan adalah RM15 untuk tempoh 10 minit. Terdapat banyak ikan di dalam kolam di sekitar Allan’s Water ini. Malah ikan-ikan di sini sangat jinak. Anda pasti teruja melihat pelbagai jenis ikan yang berenang tenang di permukaan air tasik ini.

Recent Posts