Walaupun dalam mood bercuti, anda masih boleh melakukan aktiviti kecergasan dan bersenam di Kompleks Sukan Fraser Hill. Di kompleks sukan ini terdapat pelbagai aktiviti sukan seperti skuasy, ping-pong dan snooker. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kemudahan seperti gym dan sauana. Tambahan pula, di hadapan pusat sukan ini terdapat sebuah taman bunga kecil yang merupakan antara tempat paling popular untuk bergambar di Fraser Hill.