Di mana-mana pekan pasti akan ada pejabat posnya yang tersendiri. Tetapi apa keunikan Pejabat Pos Malaysia di Bukit Fraser ini? Tarikannya terletak pada bentuk bangunannya yang bercirikan England. Bangunan ini kecil sahaja, manakala tembok pagarnya dipenuhi tumbuhan menghijau. Sekali pandang, memang sangat persis bangunan di luar negara. Maka tidak hairanlah mengapa Bukit Fraser mendapat nama julukan Little England kerana bangunan di sini kebanyakannya bercirikan bangunan di England.