Anda gemarkan aktiviti mendaki bukit? Lepaskan gian anda untuk hiking di Pine Tree Hill & Twin Peak. Pine Tree Hill & Twin Peak ini merupakan destinasi popular bagi penggemar aktiviti hiking tempatan dan ia mempunyai ketinggian kira-kira 1500 meter. Pendakian di Pine Tree Hill agak mencabar kerana bentuk muka buminya yang turun naik bukit. Namun begitu, terdapat kemudahan seperti tangga dan tali untuk membantu para pendaki menyusuri trek di hutan ini. Setelah anda berjaya di puncak Pine Tree Hill, bolehlah anda berehat dan bergambar kenang-kenangan di sini. Seterusnya anda boleh meneruskan pendakian anda ke Twin Peak pula. Jangan risau, perjalanan ke Twin Peak lebih landai dan santai berbanding trek menuju ke puncak Pine Tree Hill. Pemandangan di puncak Twin Peak juga lebih cantik dan jelas 360 darjah.