Langkau ke kandungan utama
Alamat
Felda Sungai Koyan 3
27650, Raub, Pahang, Malaysia
Kategori

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan atau nama ringkasnya SMKSK merupakan sebuah sekolah menengah kerajaan yang terletak di Felda Sungai Koyan 3.

Terletak di laluan utama di Felda Sungai Koyan 3. Ia sudah tentu dekat dengan kemudahan seperti pejabat pos, klinik, masjid dan deretan kedai yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar terutama yang tinggal di asrama pada waktu 'outing'.

SMKSK juga memberikan suasana pembelajaran yang tenang dan bagus kerana ia terletak dikawasan kejiranan dan tidak seperti sekolah di bandar-bandar atau pekan yang sering dihidangkan hiruk pikuk kenderaan yang boleh menganggu konsentrasi pelajar ketika proses PdP.

SMKSK ini telah menampung pelajar dari pelbagai kawasan sekitar terutama daripada kawasan Kuala Medang, Pos Betau, Tanjung Gahai dan Kuala Koyan.

Recent Posts