Langkau ke kandungan utama
rayakesudra

Majlis Daerah Raub menganjurkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama KESUDRA untuk semua kakitangan dan pesara. Turut diundang adalah YB Tuan Fadzli bin Haji Mohamad Kamal, EXCO Kerajaan Negeri Pahang dan Ahli-ahli Majlis Majlis Daerah Raub.

Majlis dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua dan bacaan doa selamat. Pelbagai juadah disajikan antaranya kambing golek, ayam golek, satay, nasi impit, lemang, rendang, biskut raya, buah-buahan dan banyak lagi.

Selain daripada dihiburkan dengan nyanyian, tetamu turut menyaksikan pertunjukan bunga api. Acara kemuncak adalah cabutan nombor bertuah dan pengumuman Pakaian Tercantik Wanita dan Lelaki.

Semoga majlis ini mengeratkan lagi ukhwah sesama kakitangan. Selamat hari raya.

Lokasi
Bahagian Landskap, Majlis Daerah Raub
Berita

Recent Posts