Skip to main content
Majlis Daerah Raub telah mengadakan program gotong-royong pembersihan pasca banjir pada 28 Oktober 2026 (Rabu) yang melibatkan kawasan Gerai MDR (berhadapan Pejabat LHDN) dan Taman Raub Jaya 4.
Program ini bertujuan untuk membersihkan kawasan yang terjejas serta memastikan persekitaran kembali bersih, selamat dan selesa untuk kegunaan orang awam.
Program ini turut dihadiri oleh Setiausaha MDR, Encik Mohd Farid bin Abdul Manap; Ahli Majlis MDR, Mr. Ho Yin Mee; serta pihak SWCorp dan Alam Flora.
Kerjasama semua pihak yang terlibat mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan kebersihan persekitaran sentiasa terpelihara, di samping memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam menangani kesan pasca banjir.

Recent Posts