MENU

 

 

Dato' Mohd Khuzaidi bin Harun, DIMP

Yang Dipertua Majlis Daerah Raub

 

Assalamualaikum wbth.

Alhamdulillah dan selamat bertemu diucapkan. Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t di atas rahmat dan limpah kurniaNya yang mempertemukan kita di ruangan Perutusan Yang Dipertua ini. Pertemuan di layar internet ini adalah salah satu bukti nyata bahawa pembangunan dan kemajuan era sains dan teknologi pada abad ini bukan lagi satu perkara yang asing bagi masyarakat yang celik IT dan minda. Malahan ia merupakan salah satu cabang ilmu, pengetahuan, teknik dan kepakaran yang sangat efektif untuk di dalami dan diterokai.

Sehubungan dengan itu, pengguna internet dan laman web telah diperkenalkan dan digunapakai oleh hampir seluruh agensi kerajaan dan swasta di negara ini. Majlis Daerah Raub tidak terkecuali mewujudkan, mempertingkatkan dan mengaktifkan laman web yang khusus untuk penyebaran maklumat berkenan segala yang disediakan oleh pihak jabatan.

Laman Web Majlis Daerah Raub dilengkapi dengan maklumat-maklumat berkenaan jabatan seperti matlamat jabatan, objektif jabatan, fungsi jabatan dan sebagainya. Terdapat juga slot iklan kekosongan gerai dan sebagainya yang dimuatkan di dalam laman web ini.

Untuk menambahkan minat pengguna internet melayari laman ini, gambar-gambar mengenai lokasi menarik di Daerah Raub turut dipaparkan. Sementara itu kaunter aduan awam secara on-line juga disediakan, sebagai satu saluran bagi pengguna-pengguna membuatkan aduan secara tepat dan segera melalui saluran yang betul.

Akhir kata, sebagai Yang Dipertua, berbesarlah harapan saya agar agensi kerajaan seperti Majlis Daerah Raub akan sentiasa menerokai cabang teknologi terkini dan seterusnya memajukan diri dalam bidang yang diceburi. Kepada pengguna-pengguna di luar sana, gunakanlah kemudahan yang disediakan sepertimana mungkin untuk kebaikan dan peningkatan kualiti hidup kita bersama. Saya sudahi dengan wabilahi taufik wal hidayah wasalamualaikum w.r.b.

Yang Dipertua Majlis Daerah Raub