8 September 2025 ( Isnin )
8.30 malam
Royale Chulan Kuala Lumpur
Majlis Daerah Raub telah melakar kejayaan membanggakan apabila dianugerahkan Excellence in Urban Environmental Management Award sempena Persidangan Tahunan WMAM 2025 bersempena Ulang Tahun Ke-20.
Anugerah berprestij ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusan MDRaub dalam mempromosikan kelestarian, pemuliharaan alam sekitar, serta melaksanakan pengurusan sisa pepejal yang berkesan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.
Inisiatif utama yang menjadi penanda aras kepada kejayaan ini ialah Drive-Thru Recycling Centre (DTRC) Raub - Operasi Mingguan/Berkala – Siri Trash-to-Cash, yang telah berjaya menggalakkan penglibatan komuniti dalam amalan kitar semula dan pemulihan sumber.
Kejayaan ini membuktikan komitmen MDRaub dalam mendukung agenda hijau negara serta menjadi inspirasi kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang lain untuk memperkukuhkan inovasi hijau dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar.
YH. Dato' Mohd Khuzaidi bin Harun DIMP., Yang Dipertua MDRaub naik ke pentas menerima anugerah. Turut hadir Encik Mohd Farid bin Abdul Manap, C.A. (M), AMP., Setiausaha MDRaub.
Syabas dan tahniah.