MENU

OPERASI TASK FORCE KUTIPAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN

Tarikh: 13 Mei 2026 (Rabu)

Masa: 4.00 Petang

Lokasi: Seluruh kawasan Raub

Majlis Daerah Raub telah memulakan Operasi Gerak Gempur Task Force Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran yang melibatkan enam (6) kumpulan operasi di sekitar Bandar Raub serta kawasan kampung berhampiran.

Fokus utama operasi kali ini adalah terhadap pemilik premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran melebihi tiga (3) tahun.

Pelaksanaan operasi ini bertujuan untuk meningkatkan kadar kutipan hasil Majlis di samping memastikan setiap pemilik harta menunaikan tanggungjawab pembayaran cukai taksiran demi kesejahteraan dan pembangunan kawasan setempat.

Bayar cukai taksiran anda tepat pada waktunya.

Jadilah pembayar cukai yang bertanggungjawab dan berhemah.