MERDEKA FEST 2026 – NIGHT FUN RUN @ 5KM
Malam tadi berlangsung dengan meriah Program Merdeka Fest 2026 – Night Fun Run @ 5KM di Dataran Musang King Raub.
Program dimulakan dengan taklimat keselamatan dan sesi regangan bersama pihak Bomba sebelum peserta dilepaskan untuk memulakan larian oleh YB. Dato’ Haji Abdul Aziz bin Mat Kiram.
Turut hadir memeriahkan program ialah YDP Majlis Daerah Raub, YH Dato’ Khuzaidi bin Harun, Setiausaha Majlis, Encik Mohd Farid bin Abdul Manap, Ahli-Ahli Majlis Daerah Raub serta ketua-ketua jabatan dan agensi daerah Raub.
Selesai larian, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Night Fun Run, diikuti persembahan konsert oleh Khalifah yang menghidupkan lagi suasana malam. Program turut diakhiri dengan cabutan bertuah untuk para peserta dan pengunjung yang hadir.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh peserta yang menyertai larian. Terima kasih juga kepada semua pihak, jabatan, agensi, urus setia dan sukarelawan yang bersama-sama menjayakan program ini.
Selain menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, program seperti ini turut menjadi platform untuk menghidupkan suasana daerah Raub serta memperkenalkan Raub sebagai destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi.
Kesihatan, riadah dan pelancongan kita satukan untuk Raub yang lebih meriah.






