19 Disember 2021 ( Ahad )
Lawatan Menteri Besar Pahang YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail ke Pusat Pemindahan Sementara ( PPS ) di daerah Raub.
Turut bersama dalam lawatan tersebut adalah Pegawai Daerah Raub YH. Dato' Mohammad Shahid bin Ismail, YB. Dato' Abd Aziz bin Haji Mat Kiram dan YB. Dato' Sri Haji Shahiruddin bin Abd. Moin.
Beliau meninjau keadaan di PPS dan meluangkan masa bertanya khabar mangsa banjir yang ditempatkan di lokasi tersebut.