MENU

27 Februari 2025 (Khamis)
Bilik Mesyuarat Orkid, MDR
9 hingga 11 pagi

Taklimat E-Filing Dan Pengurusan Potongan Cukai Bulanan (PCB)

Unit Latihan, Majlis Daerah Raub telah menganjurkan Taklimat E-Filing Dan Pengurusan Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang telah dihadiri oleh 47 orang pegawai dan kakitangan. 

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Raub berkenaan kaedah potongan cukai bulanan yang dilaksanakan oleh majikan terhadap pendapatan penggajian seseorang pekerja yang layak, bagi mengelakkan pekerja daripada terbeban membayar cukai sekali gus dan meringankan tanggungjawab pekerja dalam urusan percukaian.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Sulaiman bin Md Noor Lamin dari Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Cawangan Raub.

LHDN LHDN2 LHDN3