29 Mei 2025 (Khamis)
Bilik Mesyuarat Orkid, Majlis Daerah Raub
Majlis Menandatangani Surat Perjanjian Tambahan Perkhidmatan bagi Pelaksanaan Modul Forcipost Tempat Letak Kereta, MDR bersama Pahang Go telah diadakan pada 29 Mei 2025 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Orkid, MDR
YH. Dato Mohd Khuzaidi bin Harun, DIMP selaku Yang Dipertua, Encik Mohd Farid bin Abdul Manap, C.A (M), AMP serta Encik Shahari bin Suhor, Ketua Whip, Ahli Majlis Daerah Raub mewakili MDR. Manakala Pahang Go diwakili oleh Encik Affendi b. Mohd Isa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Go Pahang.
Modul ini merupakan pelaksanaan pembayaran kompaun yang pertama di PBT Negeri Pahang. Diharapkan dengan pelaksanaan modul ini, Majlis Daerah Raub terus bergerak maju di dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada komuniti setempat.