Pusat Rekreasi Jeram Bangkin, Dong merupakan kawasan destinasi perkelahan keluarga yang menarik di daerah Raub. Jeram Bangkin antara pilihan tepat untuk dikunjungi selain daripada Bukit Fraser, Jeram Besu, Lata Jarum, Lata Lembik, Pulau Chekas dan lain lain.
Ini adalah keistimewaan daerah Raub yang menyimpan pelbagai khazanah alam seperti air terjun, hutan semula jadi, gunung dan rimba. Di sebalik hutan tebal di daerah ini tersimpan beberapa tempat menarik yang berbaloi dikunjungi.
Jeram Bangkin adalah pusat rekreasi yang terbaru dibangunkan pada Disember 2018 dio kawasan seluas kira-kira 2 hektar persegi di kawasan sungai Gunung Benom.