Negeri Pahang akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Malaysia ke-15 (SUKMA XV) pada tahun 2012. Sebanyak 24 acara sukan bakal dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2012 yang berlangsung selama 10 hari bermula dari 7 Julai sehingga 16 Julai 2012. Marilah kita warga Pahang bersama-sama menyambut kedatangan temasya ini.