Anjuran : Biro Pengaduan Awam
Tarikh : 28 Oktober 2010 (Khamis)
Tempat : Dewan Jubilee Majlis Daerah Raub
Masa : Mulai 8.30 Pagi
Catatan :
Majlis Daerah Raub bersama 13 jabatan lain dalam daerah telah menyertai program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) anjuran Biro Perpaduan Awam yang diadakan pada 28 Oktober 2010 bertempat di Dewan Jubilee, Majlis Daerah Raub.
Kaunter ini dibuka bertujuan memudahkan pelanggan hadir mengemukakan aduan kepada jabatan. Selain itu turut membuktikan bahawa penjawat awam bersedia mendengar aduan dan masalah pembayar cukai.
Pegawai Majlis Daerah Raub yang bertugas di kaunter berkenaan adalah Jurutera, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Penerangan dan Pembantu Tadbir (petugas kaunter khidmat pelanggan).