MENU

27 Disember 2021 ( Isnin )

8.30 pagi

Hadapan Bangunan Plaza Serbaguna, Dataran Raub

MISI KHAS PENJAWAT AWAM MEMBANTU MANGSA BANJIR #sukarelawanRaub

Sebagai membantu usaha pemulihan pasca banjir, kakitangan awam daripada pelbagai agensi kerajaan di Daerah Raub bergabung tenaga bergerak ke Karak, Bentong untuk membuat kerja pembersihan di sana.

Pelepasan dibuat oleh YB. Dato' Abd Aziz bin Haji Mat Kiram, EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.

Semoga misi ini berjaya mencapai matlamatnya dan dapat meringankan beban mangsa yang terkesan banjir. Syabas dan tahniah kepada semua sukarelawan.