29 Disember 2021 ( Rabu )
8.30 pagi
Hadapan Bangunan Plaza Serbaguna, Dataran Raub
HARI KETIGA MISI KHAS PENJAWAT AWAM MEMBANTU MANGSA BANJIR #sukarelawanRaub
Misi bantuan pasca banjir ke Karak, Bentong hari ini diteruskan dengan penyertaan lebih 300 orang sukarelawan. Sebagaimana biasa, taklimat gerak kerja disampaikan terlebih dahulu sebelum sukarelawan bergerak ke lokasi. Hadir melepaskan sukarelawan adalah Pegawai Daerah Raub, YH Dato' Mohammad Shahid bin Ismail.
Para sukarelawan berpecah ke beberapa lokasi yang terjejas dan membuat kerja pembersihan kediaman, mahupun di laluan awam.
Ribuan terima kasih kepada semua kakitangan daripada pelbagai agensi kerajaan yang ringan tulang menghulur bantuan.