MENU

14 Januari 2022 ( Jumaat )

8.00 pagi hingga 11.00 pagi

PROGRAM PLOGGING LITTER PICKING ( JOGGING SAMBIL MENGUTIP SAMPAH )

Pagi ini MDR dengan kerjasama Alam Flora Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif mengutip sampah di sepanjang jalan raya di dua kawasan iaitu :

1. Dari Jalan Tengku Abdul Samad hingga ke bulatan Bukit Koman dan

2. Dari bulatan Bukit Koman hingga ke lampu isyarat Jalan Lipis

Seramai 90 orang kakitangan MDR ( termasuk kakitangan AFSB ) membantu menjayakan program ini.

Kebanyakan sampah yang dikutip adalah face mask, botol air mineral, pampers, puntung rokok dan pelbagai lagi.

Semoga program sebegini mampu membuka mata masyarakat setempat untuk lebih menghargai persekitaran yang bersih dan tidak mengambil jalan mudah dengan membuang sampah merata-rata.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.