Pesta Pelita Raya Pahang 2026
Dan penjurian pun bermula....
Malam di Tasik Kampung Sungai Pasu terus meriah dengan berlangsungnya penjurian Pesta Pelita Raya Pahang 2026. Lebih 3,000 pelita dinyalakan sepanjang jambatan Tasik Sungai Pasu serta di sekitar kawasan program, menerangi malam dengan cahaya yang cukup memukau. Deretan pelita yang bergemerlapan mencipta suasana tradisi Raya yang begitu indah dan mengusik nostalgia![]()
Suasana bertambah gamat dengan persembahan bunga api yang mewarnai langit malam, manakala kanak-kanak pula tidak melepaskan peluang bermain bunga api bersama keluarga. Gelak tawa dan keceriaan jelas terpancar di wajah mereka.
Orang kampung dan para pengunjung yang hadir nyata teruja menikmati keindahan pelita serta kemeriahan suasana malam ini. Program seperti ini bukan sahaja menghidupkan tradisi, malah mengeratkan lagi hubungan komuniti dalam suasana penuh muhibah dan kebersamaan.
Memang meriah! Pesta Pelita, tradisi yang terus menyatukan kita semua








