MENU

logo le tour de langkawi

 

sedikit info berkenaan Le Tour de Langkawi...moh baca wer untuk menamboh pengetahuan.....

Le Tour de Langkawi merupakan sebuah acara lumba basikal yang sudah lama dianjurkan di Malaysia dan mempunyai reputasi yang baik dalam kalendar basikal antarabangsa.

Trek atau laluan acara Le Tour de Langkawi akan melalui beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan akan tamat d Langkawi.

LATARBELAKANG ACARA

Le Tour de Langkawi ialah perlumbaan basikal berbilang peringkat yang diadakan di Malaysia dan ia dinamakan sempena kepulauan Langkawi, di mana edisi pertama bermula dan berakhir.

Perlumbaan ini telah diadakan setiap tahun sejak 1996, terutamanya pada bulan Februari.

Ia biasanya terdiri daripada segmen (peringkat) selama 10 hari, tetapi telah dikurangkan kepada lapan peringkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tour de Langkawi diluluskan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebagai perlumbaan jalan raya 2.HC dalam kalendar Jelajah Asia UCI.

Pada edisi ke 25 PETRONAS Le Tour de Langkawi yang berlangsung pada 7-14hb Februari 2020 yang lalu, penganjur telah berjaya membawa perlumbaan terunggul di rantau Asia ini buat julung kalinya ke Sabah dan Sarawak. Di semenanjung pula bermula di negeri yang melahirkan ramai pelumba basikal iaitu Terengganu dan berakhir dengan jayanya di Langkawi. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan sokongan pelbagai pihak terutama Kementerian Belia dan Sukan serta agensi-agensi kerajaan yang lain.

Kita perlu berbangga kerana PETRONAS Le Tour de Langkawi ini masih lagi dianjurkan dan status 2.Pro - Stages ProSeries merupakan satu pencapaian yang besar dalam penganjurannya serta menjadi tarikan tidak kira peminat dari dalam mahupun luar negara.

Melalui kerjasama dengan pihak UiTM satu kaji selidik telah dilakukan untuk menilai impak ekonomi terhadap kejohanan bertaraf antarabangsa ini. Data menunjukkan sejumlah RM 26,486,234.21 telah dibelanjakan oleh orang ramai semasa penganjuran PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020 meliputi kenderaan, penginapan, makanan, membeli belah, hotel dan hiburan. Secara purata, pengunjung membelanjakan sebanyak RM 961.04 seorang sepanjang PETRONAS Le Tour de Langkawi di mana Kuala Lumpur mencatat aliran ekonomi tertinggi sebanyak RM 6,167,601.48 seterusnya Ipoh kedua tinggi sebanyak

RM 4,347,607.37. Ini menunjukkan penganjuran Le Tour de Langkawi memberikan impak ekonomi yang tinggi terhadap ekonomi negara melalui Sukan Pelancongan ini.

Untuk 2022, pasukan bertaraf dunia (World Tour Team) akan dijemput dan menyaksikan 8 peringkat perlumbaan akan dijadualkan berlangsung ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, bermula di Seri Menanti, Kuala Pilah dan akan tamat di Pulau Langkawi.

Dunia ketika ini sedang menghadapi pandemik Covid-19 dan pelbagai usaha telah dibuat oleh badan Kesihatan Dunia bagi memastikan keadaan ini dapat dikawal. Badan Berbasikal Dunia UCI juga turut menyediakan SOP khusus bagi memastikan setiap kejohanan dapat dijalankan dengan selamat. Sehubungan dengan itu, semua agensi yang terlibat diharap dapat membantu memainkan peranan bagi menjayakan Le Tour de Langkawi ini dalam norma baharu pada 11 hingga 18 Oktober 2022 ini.

Info diperolehi daripada ecentral.my