MENU

 

30 Disember 2025 (Selasa)

9.00 pagi

Dewan Jubli, Majlis Daerah Raub

Majlis pada hari ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pemenang Pertandingan Landskap pada tahun ini. Pada tahun ini, sebanyak 15 kategori telah dipertandingkan dengan penglibatan 68 penyertaan dari seluruh Daerah Raub.

Selain daripada itu, Majlis juga memberi penghargaan kepada Ejen Jualan Kupon dan Pemegang Pas Bulanan Tempat Letak Kereta Terbaik melalui penyampaian hadiah dan sijil.

Jumlah keseluhan ejen jualan kupon berdaftar berakhir Disember 2025 : 71 premis

Untuk kategori Ejen Jualan Kupon Terbaik MDR mengambil kira kekerapan mereka membeli kupon dalam jumlah yang tinggi dan kupon sentiasa ada terjual di premis. Bagi kategori Pemegang Pas Bulanan Paling Setia mereka mula menggunakan kemudahan ini bermula 1 Februari 2016 sehingga Disember 2025 dengan membuat pembaharuan pada setiap bulan.

Yang Berhormat Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Landskap Halaman Cantik Dan Anugerah Jualan Kupon Terbaik Peringkat Daerah Raub 2025.

Semoga dapat memberi inspirasi kepada para tetamu tentang kepentingan meningkatkan kualiti alam sekitar di kawasan kediaman mahupun tempat kerja masing-masing.