21 April 2026
9.30 pagi – 12.00 tengahari
Pusat Penggredan Telur Ayam, Lot 2484, Jalan Tras, Raub
Telah berlangsung Program Pelancaran “Weh Moh Ke Raub” sempena Tahun Melawat Pahang 2026 (Visit Malaysia 2026 - Pahang First) anjuran QL Eco Farm Sdn. Bhd. dengan jayanya.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.
QL Eco Farm merupakan syarikat pengeluar telur terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Syarikat ini turut memaparkan tagline “Weh! Moh ke Raub” pada kenderaan milik mereka sebagai inisiatif kreatif dalam mempromosikan destinasi pelancongan, sekali gus memperluas capaian kempen ke seluruh negara.
Turut hadir dalam program ini ialah YH Dato’ Mohd Khuzaidi bin Harun, Pegawai Daerah Raub merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Raub; Encik Mohd Farid bin Abd Manap, Setiausaha Majlis Daerah Raub; Ahli-ahli Majlis MDR serta pegawai-pegawai dari Majlis Daerah Raub dan Pejabat Daerah dan Tanah Raub.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini







