27 September 2021 ( Isnin )
2.30 petang
Dewan Jubli, Majlis Daerah Raub
PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH RAUB, PAHANG 2035 ( PENGGANTIAN )
Perasmian program disempurnakan oleh YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.
Turut hadir menyerikan majlis secara fizikal adalah YB. Dato' Rahim bin Muda ( Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang ), YB. Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak ( Setiausaha Kerajaan Pahang ), YB. Dato' Abd. Aziz bin Haji Mat Kiram ( Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang ), YB. Dato' Indera Nazri bin Abu Bakar ( Pegawai Kewangan Negeri Pahang ), YH. Dato' Mohammad Shahid bin Ismail ( Yang Dipertua Majlis Daerah Raub ), Datuk Bandar/ Yang Dipertua PBT Negeri Pahang, Ahli-Ahli Majlis MDR, Ketua Jabatan Negeri/Daerah dan pimpinan masyarakat.
Antara pengisian program adalah Lawatan ke Ruang Pameran, persembahan gimik dan montaj perasmian, selain ucapan daripada YBrs. TPr Gs Dr. Shamsaini binti Shamsuddin, Ketua Pengarah PLANMalaysia.
Terima kasih kepada semua yang hadir sama ada secara fizikal mahupun hibrid.
Sekalung tahniah buat Majlis Daerah Raub dan PLANMalaysia@Pahang.