SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH RAUB
31 Ogos 2026 | Dataran Raub
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026 Peringkat Daerah Raub berlangsung meriah di Dataran Raub pada hari ini, dengan penyertaan pelbagai jabatan, agensi kerajaan, badan beruniform, persatuan, pertubuhan, NGO, swasta dan komuniti setempat.
Antara acara yang menjadi tumpuan ialah Pertandingan Kontinjen Terbaik Perbarisan, yang menyaksikan penyertaan penuh semangat dan komitmen daripada semua kontinjen yang mengambil bahagian.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Majlis Daerah Raub atas kejayaan meraih Naib Johan bagi Kategori Jabatan/Agensi Kerajaan dalam pertandingan tersebut.
Kejayaan ini pastinya hasil daripada kerjasama, disiplin dan semangat berpasukan seluruh warga MDR yang bersama-sama menjayakan perbarisan pada hari yang penuh bermakna ini.
Syabas warga MDR!
Teruskan semangat patriotisme dan kekitaan demi daerah Raub yang kita cintai.
Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!
Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka!
Weh! Moh ke Raub!






