Hasrat untuk meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan bandar Raub dalam tempoh fasa pemulihan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Majlis Daerah Raub (MDR), Pahang memulakan penanaman bunga kertas di sepanjang jalan raya bermula dari Bandar Raub ke Bentong.
Setiausaha Majlis Daerah Raub, Mohd Pauzi Abu Hussaini berkaa, projek tanaman bunga kertas ini melibatkan seramai 19 orang kakitangan bahagian landskap bergotong-royong menanam bunga kertas putih 132 dan bunga kertas merah jambu 182 antara tumbuhan yang sinonim dengan hiasan landskap serta mampu mewarnai persekitaran kawasan bandar itu.