Skim Latihan 1 Malaysia dirangka bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan menggunakan institusi latihan sedia ada. Pada permulaan sebanyak 25 GLC dan Bank Negara Malaysia menjayakan program ini serta akan melibatkan lebih banyak GLC dan syarikat swasta pada masa akan hadapan. Pengambilan akan dibuat secara berperingkat mulai bulan Julai 2011. Laman web SL1M - Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, telah mengadakan paparan khas mengenai SL1M dalam laman webnya dan dihubungkan dengan semua laman web GLC yang mengambil bahagian. Klik di sini untuk melayari laman web SL1M.